The ultimate guide to PHK's up-and-coming zine project, all here in one place!



Persatuan Hobi Kreatif (PHK)

Established in 2023, Persatuan Hobi Kreatif (PHK) is an association in UiTM Puncak Perdana specializing in hobbies with emphasis for tabletop games, trading cards (TCG), sculptures and comics.



Imazine ...?

Imazine is PHK's official zine, with hopes that each issue can attract more creatives to showcase their talents in illustrating and creating stories. Each issue has a theme that revolves in the works sent in by our contributors. Imazine #1's theme is 'Inilah Permulaan Kita!', symbolizing the beginning of Imazine's journey with our fellow members.



General Terms of Service (TOS)

• Imazine merupakan majalah persatuan PHK yang diwujudkan sebagai satu inisiatif mengumpul dana persatuan di bawah garis panduan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
• Penyertaan Imazine hanya terbuka kepada ahli PHK sahaja. Jika ingin menyertai Imazine, hendaklah mendaftar diri sebagai ahli PHK terlebih dahulu.
• PHK mempunyai hak untuk menggunakan segala bahan lukisan dan tulisan dalam Imazine untuk tujuan pameran promosi, jualan dan lain-lain
• Imazine membenarkan karya bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi bahasa perlu dijaga (carutan dan penggunaan bahasa kasar terkawal, dll). Mana-mana penggunaan bahasa yang melampau akan ditapis oleh pihak editorial kami.
• Karya yang melanggar undang-undang hakcipta adalah diharamkan sama sekali.
• Semua karya komik dalam majalah Imazine akan dicetak dalam format hitam dan putih.
• Pengkarya haruslah menyerahkan satu rangka kasar komik (lukisan) dan digalakkan menambah satu skrip (tulisan) dalam satu fail pdf untuk memudahkan kerja pasukan editorial.
• Jumlah halaman untuk setiap komik adalah minima 6 halaman dan maksima 8 halaman.
• Templat komik yang digunakan adalah bebas mengikut pengkarya, sama ada komik berpanel rawak atau template strip komik berpanel tegak(contoh; 4-koma).
• Karya bukan digital haruslah diimbas supaya dapat dimuatnaik untuk penghantaran. (Boleh menggunakan aplikasi telefon pintar)
• Penyertaan akan ditutup pada 25 Oktober 2023 dan dimajukan untuk semakan pasukan editorial.
• Tarikh akhir penghantaran komik Imazine yang telah dipilih adalah 17 November 2023.
• Karya-karya yang diserahkan akan melalui proses semakan oleh Encik Azhar-- penasihat PHK-- untuk memastikan kualiti komik dapat dijaga.
• Apa-apa permintaan tambahan atau soalan lanjut boleh dimajukan kepada pasukan editorial kami di WhatsApp; Nurliyana (+60 13-733 2060) atau Amirul (+6011-5991 5932).



Copyright

• Pengkarya komik Imazine masih mempunyai pemilikan 100% untuk karya masing-masing, maka dipersilakan untuk mengguna karya masing-masing untuk tujuan apa sekali pun (bahan portfolio, social media, dll.)
• Suatu peratusan komisen akan diambil daripada keuntungan jualan Imazine yang melebihi sasaran dan dibahagikan kepada para pengkarya komik Imazine.
• Jika terdapat perselisihan pendapat, pengkarya boleh membentangkan pendapat masing-masing dan berbincang bersama pihak pasukan editorial.